Rezeki itu luas dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. Berikut adalah koleksi 11 Tip Murah Rezeki yang dipetik dari Facebook Irfan Khairi (Jutawan Internet).
- Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.
 - Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T
 - Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.
 - Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.
 - Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.
 - Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.
 - Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.
 - Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.
 - Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
 - Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
 - Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.
 

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon