30 September 2014

Pendapatan Blogger Melalui Blog

Dengan blogging orang cakap boleh buat duit banyak. Awal2 dulu aku kurang percaya jugak. Aku blogging ni pun sebab nak buat duit dengan blog. Bila blog sendiri dah mula jana duit barulah aku percaya blogger memang boleh buat duit melalui blog.

Walaupun hasil dari blog ni tak seberapa, tapi dah boleh nampak hasilnya. Seronok bila tengok jumlah duit yang semakin bertambah. Cuma kena tingkatkan usaha dan sabar sebab nak buat duit dengan blog makan masa jugak, bukan 1 malam dah terus boleh buat duit banyak. Kan?

Aku rasa ramai yang tengok blogger2 lain dapat buat duit, dia pun buat blog jugak. Sebab utama adalah untuk buat duit macam blogger2 lain tu. Tapi ramai yang kecundang sebab kebanyakannya takde sifat sabar, nak hasil yang cepat aje. Dalam masa singkat tengok takde dapat apa2 hasil, mood nak buat duit dengan blog terus hilang entah ke mana, blog pun terbiar lama tanpa update dan akhirnya jadi 'sampah-sarap di internet'.


Terkejut beruk sekejap tadi bila tengok gambar yang blogger Red Mummy share ni. Duit dalam akaun Nuffnang dia ada RM10,000 lebih. Giler banyak betul earning Nuffnang dia! Duit ChurpChurp pulak ada RM1,000 lebih. Best betul kalau dapat jana pendapatan banyak macam tu melalui blog. Betul tak?

Tapi nak dapatkan pendapatan sebanyak tu melalui blog bukan satu kerja mudah. Banyak teknik yang perlu dibuat. Kalau kena pada caranya yang betul, memang banyak duit yang kita boleh dapat.

Insya Allah aku nak cuba buat blog CetusanSuara.com ni berjaya jana pendapatan lumayan dengan blog.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

7 comment(s)

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon