Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

07 November 2014

Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit online bukan perkara baru lagi bagi aku. Aku tengok dah ramai blogger-blogger yang berjaya buat duit secara online. Contohnya seperti blogger Red Mummy menjana pendapatan melalui blog. Selain Red Mummy, ramai lagi blogger lain yang dah buat duit secara online cuma ada sesetengahnya lebih gemar "low profile".

Ada blogger buat duit online secara part time. Ada juga blogger yang buat duit online secara sepenuh masa. Memang dah terbukti "blogger" sekarang ni dah boleh menjadi satu kerjaya yang sangat bagus dan mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Itupun kalau kena pada cara dan tekniknya yang betul. Kalau tak, memang takkan dapat apa-apa hasil. Apa yang penting adalah kena berusaha sungguh-sungguh dan yakin dengan apa yang kita buat. InsyaAllah akan ada hasilnya nanti.


Sebut tentang blogger buat duit online ni, sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan online melalui blog. Salah satunya adalah dengan pengiklanan melalui blog yang banyak dibuat oleh blogger-blogger sekarang ni.

Blogger Buat Duit Online dengan Pengiklanan Di Blog

Pengiklanan melalui blog antara cara blogger buat duit online. Pengiklanan jenis ni biasanya blogger-blogger menawarkan ruang pengiklanan dalam blog kepada sesiapa yang berminat untuk promosikan servis atau produk mereka. Sebab tu kalau kita tengok blog-blog yang buat duit dengan cara ni akan ada banner-banner iklan yang diletakkan di mana-mana sudut dalam blog.

Ada juga yang menawarkan pengiklanan dalam bentuk teks ataupun dalam bentuk artikel. Jenis pengiklanan dalam bentuk artikel disebut sebagai Advertorial yang diterbitkan di sesebuah blog bagi mempromosikan sesuatu produk atau servis.

Selain tu, blogger juga buat duit online dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity, Komli dan lain-lain. Pengiklanan cara ni dikendalikan oleh syarikat-syarikat tersebut yang menggunakan blogger-blogger sebagai 'orang tengah' bagi mempromosikan sesuatu jenama, syarikat, produk dan sebagainya. Blogger-blogger akan menerima bayaran bergantung pada hasil kempen yang diberikan oleh syarikat pengiklanan tersebut.


Blogger Buat Duit Online dengan Affiliate

Dengan affiliate juga blogger buat duit online akan dapat hasil yang lumayan. Sesebuah produk seperti ebook (contoh) biasanya ada menawarkan program affiliate yang akan memberi komisen kepada blogger yang mempromosikan dan berjaya menghasilkan jualan bagi produk tersebut. Ada produk affiliate yang membayar komisen yang tinggi sehingga 60-70% daripada hasil jualan.

Dah ramai blogger buat duit online dengan affiliate dan menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa. Ini kerana pendapatan daripada program-program affiliate ni terbukti setanding dengan pendapatan orang yang bekerja makan gaji.

Blogger yang aku kagum tengok dia buat duit online dengan affiliate adalah Encik Titan.


Blogger Buat Duit Online dengan Menjual Produk / Servis

Salah satu lagi cara blogger buat duit online ialan dengan menjual produk atau servis. Ramai blogger sekarang dah mempunyai produk sendiri seperti tudung, pakaian, ebook, buku fizikal dan sebagainya. Daripada segi servis pula, ramai blogger menawarkan servis membuat blog, membina laman web, membuat grafik design, servis SEO untuk blog dan sebagainya.

Blogger yang buat duit online dengan cara ini biasanya menjadikan blog mereka sebagai platform bagi tujuan promosi dan menjual produk-produk atau servis yang ditawarkan.

Blogger Buat Duit Online dengan Contest / Giveway

Blogger-blogger mesti dah biasa dengan contest atau giveaway yang dianjurkan secara online. Contest blog memang menarik minat ramai blogger untuk turut serta. Melalui contest juga blogger-blogger berpeluang untuk buat duit online kerana hadiah yang ditawarkan biasanya dalam bentuk wang tunai atau gadget.

Blogger yang rajin join contest memang berpeluang besar untuk buat duit online. Di samping tu dapat memantapkan lagi blog kerana impak daripada contest biasanya sangat luar biasa dan sangat bagus untuk blogger. Jadi, tak rugi turut serta dalam mana-mana contest yang dianjurkan walaupun tak menang.


Itulah antara cara-cara blogger buat duit online. Pada pendapat aku, blog memang berpotensi sebagai medium untuk buat duit online. Cuma aku masih merangkak dalam bab buat duit online ni. Banyak benda lagi nak kena belajar.

Alhamdulillah setakat ni ada jugak sikit-sikit dapat duit daripada pengiklanan Nuffnang. Akan cuba tambah ilmu lagi belajar buat duit online dengan cara lain. Buat duit online ni penuh seni dan kena pelbagaikan sumber untuk menjana pendapatan, barulah dapat hasil yang memuaskan hati.

Semoga semua blogger buat duit online akan terus maju jaya.



Entri ini adalah untuk tugasan akhir bagi Cabaran iPhone 5s anjuran blogger Denaihati.com dan telah ditaja oleh:

Penaja Utama

http://amariman.com

Penaja Individu

http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org
Japan Budget Trip

15 September 2014

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S

Alhamdulillah, aku layak ke pusingan kedua dalam Contest Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati.com. Seramai 148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk "iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger" sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.

Ada juga blogger yang gagal sebab entri tak cukup syarat. Ada juga yang tarik diri. Mungkin sibuk dengan tugasan lain sampai tak dapat bagi komitmen sepenuhnya untuk Cabaran iPhone 5S ni.

Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S dah pun bermula hari ini. Apa yang perlu dibuat adalah setiap peserta yang layak dalam pusingan kedua ni perlu menjadi Top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9/2014 – 15/10/2014. Peserta yang berjaya masuk dalam senarai Top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.

Kena luang masa lebih sikit untuk tinggalkan komen di blog Denaihati dan berusaha jadi salah seorang daripada Top 70 penulis komen.

Selamat maju jaya kepada semua peserta yang layak dalam Cabaran iPhone 5S. Good luck.. buat aku juga.

18 August 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Dapat tahu melalui entri di blog Anarm.Net tentang blogger terhebat 1 Malaysia, Denaihati.com kini menganjurkan satu lagi contest untuk para blogger. Contest "Cabaran iPhone 5s" menawarkan tiga unit iPhone 5s untuk dimiliki. Lumayan hadiah dia.

Tips untuk menang iPhone 5s dalam contest ni adalah dengan melaksanakan bersungguh-sungguh setiap tugasan yang diberikan. Selain tu, jangan mudah putus asa. Buat kerja tu biar sampai habis, jangan separuh jalan dah mengaku kalah.

Contest Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati

Mesti ramai blogger-blogger hebat yang akan join Cabaran iPhone 5s ni. Tapi, walaupun mereka hebat tak bermakna mereka akan menang. Kita pun ada peluang menang kalau rajin berusaha.

Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s

  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk "iPhone 5s gajet impian setiap blogger".
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja DI SINI
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati DI SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s DI SINI.

Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta Cabaran iPhone 5s.

Contest Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati

Sebelum ni aku pernah guna iPhone 4 sebelum bertukar ke Android sebab iPhone 4 aku terjatuh dalam longkang. Sekarang aku guna smartphone Samsung Galaxy S3. Dah lama sangat guna phone Samsung ni sampai dia punya performance pun semakin hari semakin tak best, asyik hang je, restart sendiri, charging tak masuk, dan macam-macam lagilah masalah dia.

Tak dinafikan performance iPhone keluaran Apple memang sangat terbaik kalau nak dibandingkan dengan smartphone2 jenama lain. Sebab tu lah ramai yang berminat nak dapatkan iPhone.

Memandangkan produk Apple ni lain macam sikit harga dia, ramai tak mampu beli. Jadi, bila ada contest yang menawarkan hadiah iPhone macam ni, memang rugilah kalau tak join. Peluang macam ni bukan selalu datang. Bila lagi nak merasa guna iPhone 5s. Itu pun kalau ada peluang menang.

Senarai Penaja Cabaran iPhone 5s


Penaja Utama

  1. amariman.com

Penaja Individu

  1. ombakcreatives.com
  2. ejamothman.com
  3. eridy.com
  4. hilalazmi.com
  5. eizil.com
  6. asamboi.my
  7. diarymama.com
  8. pendekarberkuda.org
  9. saji.my
  10. abangensem.com
  11. enveeus.com
  12. pakarniaga.com
  13. anarm.net
  14. daddydee.net
  15. sunshinekelly.com
  16. sweetkurma.com
  17. awn.my
  18. mawarmerah2008.com
  19. blogieta.com
  20. broframestone.com
  21. akmaomar.com
  22. khairilmazri.com
  23. wowberita.org
  24. Japan Budget Trip

Okey, dah siap tugasan pertama Cabaran iphone 5s ni. Harap-harap penyertaan aku ni diterima oleh pihak penganjur. Kepada semua blogger yang turut serta dalam contest ni, GOOD LUCK!

13 June 2012

Juara Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak

Juara Euro 2012

Gua nak turut serta sahut cabaran contest "Juara Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak" yang dianjurkan oleh bro Denaihati. Walaupun gua ni bukan jenis melepak tengok bola sangat tapi gua tetap ada pasukan kegemaran sendiri.

Gua pilih team GERMANY sebagai juara Euro 2012 yang dari dulu lagi memang team kegemaran gua. Tengok kat entri contest Denaihati ni ramai pulak yang sokong Sepanyol. Gua harap final nanti team GERMANY akan kalahkan team SEPANYOL. Booo~

p.s. Penyertaan untuk contest ni tamat pada 11.59pm, 14/6/2012 dan hadiahnya berupa 10,000 trafik blog + T-Shirt Denaihati.

25 January 2011

Domain dan Hosting Percuma daripada Mrnamie.com dan Weirdobytes

Gua dah kena tag dengan budak Anarm. Gua ingatkan gua kena tag apa la tadi. Rupanya tag sebab contest "Domain dan Hosting Percuma daripada MrNamie.com dan Weirdobytes". Tapi macam best pulak contest dia. Rasa macam nak join. Mana la tau kot-kot ada rezeki gua kan, boleh gua rembat domain dengan hosting free. Jimat duit gua kalau gua menang contest ni.

Domain dan Hosting Percuma daripada MrNamie.com dan Weirdobytes


Gambar kat atas ni merupakan salah satu syarat kalau nak join contest ni. Wajib tempek gambar tak berapa smart ni kat dalam entri blog. Kalau tengok dalam gambar tu, syarat nombor 1, kena buat entri blog. Syarat tu gua tengah buat sekarang ni. Kalau korang tengah baca entri ni, maknanya gua dah siap buat entri.

Syarat nombor 2, tag 3 orang rakan. Haa.. Yang ni gua nak tag orang-orang yang ada dalam senarai Exchange Link blog gua ni.
  1. Ahmard Chuyry
  2. Lolos Kotoba
  3. Suraya Sagi

Ok.. Setel syarat ke-2. Syarat ke-3, gambar contest. Dah ada kat atas tu. Syarat ke 4, letak link ke entri penganjur dan penaja. Penganjur contest ni adalah MrNamie.com dan penaja hadiahnya pulak Weirdobytes.

Contest memang tak sah kalau tak tayang hadiah. kan? Kat bawah ni gua copy paste bentuk-bentuk hadiah yang korang berpeluang menang melalui contest "Domain dan Hosting Percuma daripada MrNamie.com dan Weirdobytes" ni.

Tempat pertama
(Pakej 3) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
2Gb webspace
20Gb bandwidth
Unlimited addon domains
Pengiklanan secara percuma di mrnamie.com dan semuabest.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM115

Tempat ke-2
(Pakej 2) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
500mb webspace
5Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
Pengiklanan percuma di mrnamie.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM85

Tempat ke-3
(Pakej 1) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
200mb webspace
2Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
kesemuanya bernilai RM55

Contest ni tamat pada 31 Januari 2011. Kalau dapat kat gua hadiah-hadiah ni, dapat la gua berblog pakai WordPress pulak. Dah lama mengidam. Tapi rasa macam sayang duit nak buat beli domain dengan hosting. Haha.. Dapat benda free macam ni boleh la buat explore, belajar, try & error. Kalau dah biasa guna WordPress nanti, lain kali nak keluar duit pon gua rasa dah no hal lah..

Korang taknak join ke contest ni? Kalau nak join, klik link affiliate ni: Contest Domain dan Hosting Percuma. Cepat! Sebelum contest ni tamat tempoh.