01 April 2016

Harga Terkini Petrol Bermula 1 April 2016

Harga Terkini Petrol Bermula 1 April 2016

Harga runcit petrol RON 95 dan RON 97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen berkuat kuasa pada 1 April 2016.

Harga diesel pula naik sebanyak 20 sen dari RM1.35 seliter kepada RM1.55 seliter.
Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.

Harga Minyak Bermula 1 April 2016

  • RON 95 : RM1.70 seliter
  • RON 97 : RM2.05 seliter
  • Diesel : RM1.55 seliter

Harga petrol naik 1 April 2016

Harga minyak pada Mac 2016

  • RON 95 : RM1.60 seliter
  • RON 97 : RM1.95 seliter
  • Diesel : RM1.35 seliter

22 March 2016

Buat Aduan Kepada SKMM Melalui Whatsapp

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan di Facebook mereka bahawa Aduan MCMC telah mengaktifkan saluran aduan baharu melalui aplikasi ‘Whatsapp’. Saluran aduan ini diaktifkan bagi membolehkan orang ramai untuk membuat aduan mengenai sebarang isu berkaitan telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos dan perjudian dalam talian.

Berikut merupakan maklumat mengenai saluran aduan baharu Aduan MCMC.

Nombor Whatsapp: 016 2206 262
Waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)


Perakuan penerimaan aduan akan diterima oleh pengadu dalam tempoh 24 jam. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan saluran baharu ini bagi menyalurkan aduan rasmi Aduan MCMC.

Sumber: Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Raja Bomoh Malaysia Pecah Buah Tembikai Untuk Pulihkan Cuaca Panas

Individu yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia sekali lagi mengadakan ritual 'pelik' dengan menggunakan buah tembikai agar fenomena panas melampau yang sedang melanda negara dapat dipulihkan.

Ritual Pulihkan Cuaca Panas dengan Buah Tembikai oleh Raja Bomoh Malaysia

Dalam ritual yang diadakan di ibukota pada Isnin, individu yang dikenali sebagai Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin itu bersama empat orang pengikutnya turut membacakan surah Yassin dan berdoa sebelum memecahkan lima biji buah tembikai sebagai simbolik untuk menyejukkan badan.

“Ayat Yassin dan ayat Nabi Yunus yang dibaca adalah merupakan petua orang zaman dahulu dan buah tembikai (sebagai simbolik) untuk menyejukkan badan, bumi dan udara supaya fenomena panas yang berlaku dapat dipulihkan. Semoga dengan petua ini dapat menyejukkan udara rakyat berbilang kaum dan bangsa di Malaysia.

“Kami kumpulan Datuk Ibrahim Raja Bomoh Sedunia berdoa dengan anak muridnya untuk menyelamatkan masyarakat berbilang kaum dan bangsa agar cuaca panas dapat dikurangkan dengan izin Allah” ujarnya ketika ritual tersebut diadakan.


Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok.

Ekoran daripada itu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya telah mengemukakan cadangan dan garis panduan bagi menghadapi cuaca panas melampau kepada Kabinet.

Ia membabitkan tindakan yang perlu diambil merangkumi keperluan untuk menutup sekolah, catuan air, pembenihan awan dan aspek kesihatan.

Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan sebelum ini telah mengharamkan upacara pembomohan yang dilakukan Ibrahim.

April lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak turut memutuskan dalam mesyuaratnya untuk mewartakan ritual bomoh kontroversi itu sebagai sesat dan haram.

17 March 2016

Nasihat Supaya Masyarakat Jangan Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya

Saya dapat info ini bagaimana ‘scammer’ ini membuat kerja. Andaikan saya adalah ‘scammer’.

1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:

A. Gold — RM400
B. Platinium — RM4,000
C. Diamond — RM40,000

Skim Cepat Kaya MLM

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu.

Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan.

Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4.

Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur.

Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.

=====================

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah dikongsikan bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

16 March 2016

Elakkan Iklan 'Misleading', Mengelirukan

Islam menggalakkan ketelusan dalam urus niaga. Meletakkan iklan yang menarik dan tidak menggambarkan keadaan sebenar sesuatu produk atau jualan adalah salah satu bentuk usaha untuk mengelirukan pelanggan.

Iklan Misleading Mengelirukan

Skim cepat kaya dijelmakan dalam bentuk produk jana keuntungan dan seumpamanya pun salah satu bentuk 'misleading'. Harga produk tak murah tapi mendakwa harga kilang pun salah satu bentuk 'misleading'. Begitu juga keterlaluan dalam mendakwa kelebihan sesuatu produk makanan kesihatan.
Ceritakan sahaja tentang produk secara terus terang. Jaga ketelusan. Nanti Rasulullah SAW tak mengaku umat.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW melewati sekelompok makanan, lalu baginda memasukkan tangan ke dalamnya dan jari-jarinya mengenai sesuatu yang basah. Baginda pun mengatakan: "Wahai pemilik makanan, apa ini?" Ia menjawab, "Terkena hujan, wahai Rasulullah. Beliau mengatakan: "Mengapa engkau tidak menempatkannya di sebelah atas makanan ini hingga orang-orang melihatnya?"

Kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa sengaja menipu (dengan sengaja mengelirukan), ia tidak termasuk golongan kami." [Sahih Muslim, Termidhi, dan al-Dariml]

Sumber: muamalat.my

17 April 2015

11 Petua Dibuka Pintu Rezeki

Rezeki itu luas dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. Berikut adalah koleksi 11 Tip Murah Rezeki yang dipetik dari Facebook Irfan Khairi (Jutawan Internet).


  1. Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.
  2. Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T
  3. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.
  4. Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.
  5. Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.
  6. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.
  7. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.
  8. Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.
  9. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
  10. Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
  11. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.

18 February 2015

AC Mizal Labur Jutaan Ringgit Buka Stesen TV, Talian Telefon Sendiri

Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, Datuk AC Mizal antara selebriti yang sukses membina nama sebagai seorang penghibur versatil.

Malah, figura berusia 43 tahun ini bergelar usahawan dan menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara termasuklah mempunyai hotel di Bali, Indonesia.


Terbaru, AC berani melaburkan wangnya sendiri yang mencecah jutaan ringgit untuk membuka sebuah stesen televisyen sendiri.

Pemilik nama sebenar Mizal Zaini ini ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014) di Kuala Lumpur semalam mendedahkan beliau akan melancarkan stesen televisyennya yang diberi nama Peace Yo. FM pada April nanti.

“Stesen ini berkonsepkan hiburan sepenuhnya yang akan memaparkan pelbagai program realiti dan drama yang akan diterbitkan produksi saya sendiri. Kandungannya bukan saja terhad tentang dunia hiburan dalam negara malah, tertumpu juga pada hiburan antarabangsa di seluruh dunia

“Untuk kandungan di luar negara, saya akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara untuk mereka turut sama menyumbang apa saja yang boleh dijadikan kandungan program.

“Bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah stesen TV. Walaupun ianya online tapi dari segi peralatan dan keperluan seperti kamera memerlukan kos yang sangat tinggi. Namun, demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini.

“Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran,” kongsinya dengan nada penuh yakin.

Tambahnya, bermula 1 Mac ini satu ujibakat akan diadakan pencarian deejay dan wartawan siaran untuk stesen tersebut. Sesi ujibakat akan diadakan seawal jam 9 pagi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Seramai 25 orang diperlukan untuk berhidmat dengan stesen tersebut.

“Pada 1 Mac ini akan diadakan ujibakat terbuka kepada sesiapa saja dalam kalangan usia 18 hingga 30 tahun. Bagi saya, tidak kira sama ada mereka itu punya kelulusan universiti atau tidak, apa yang penting jika mereka berbakat dan layak, tentu akan ada peluang untuk menyertai stesen TV saya.

“Dalam beberapa bulan ini Peace Yo. FM akan beroperasi selama 12 jam dulu tetapi kemudian nanti baru ia beroperasi selama 24 jam,” katanya.

Bercerita lagi mengenai perniagaannya itu, AC menyatakan idea untuk mewujudkan stesen TV sendiri sebenarnya sudah lama difikirkan. Sementelah ia sebagai salah satu perancangan untuk diri terus melibatkan diri dalam dunia penyiaran.

Di samping itu, AC juga berharap Peace Yo.FM dapat dijadikan sebagai platform untuk artis-artis baru mempromosikan diri.

“Sudah lama saya fikirkan tentang mahu bukan stesen TV sendiri. Sebenarnya, bahagian kandungan rangan berbahasa Cina Peace Yo.FM sudah pun beroperasi sejak lima bulan lalu. Jadi sekarang pihak saya sedang buat persiapan untuk bahagian Bahasa Melayu dan pelancarannya nanti.

“Selain ini satu lagi cabang perniagaan saya, ia juga sebagai platform untuk artis-artis baru masa kini untuk promosikan diri mereka. Sebab sekarang ini apa yang dapat kita lihat, kebanyakan stesen TV sering menampilkan artis-artis yang sama saja kerana berdasarkan nilai komersial mereka.

“Jadi, diharapkan Peace Yo. FM dapat dijadikan ruang untuk muka-muka baru mempromosikan bakat mereka,” tuturnya teruja.

Bagaimanapun, AC mengeaskan beliau tidak akan muncul di stesen televesyennya sendiri kerana terikat sebagai artis eksklusif stesen TV berbayar, Astro.

“Walaupun fokus saya buat masa pada perniagaan saya tapi karier seni dan kerjaya pengacaraan masih saya lakukan seperti biasa.

“Cuma, saya tidak akan muncul di stesen TV saya kerana saya masih lagi artis eksklusif Astro,” katanya yang turut memberitahu mendapat banyak tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Astro sepanjang melaksanakan projeknya itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejayaannya tercalon dalam Top 5 kategori Pengacara Paling Popular, penyayi lagu Paranoid ini berharap dia dapat mengulangi kemenangannya seperti tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya tercalon Top 5 pada tahun ini dan berharap menang seperti tahun lalu,” katanya.

Perkembangan lain, AC juga menyatakan beliau akan melancarkan talian telefonnya sendiri iaitu Best Mobile pada penghujung Mei nanti.

Sumber: Forum CariGold

07 November 2014

Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit online bukan perkara baru lagi bagi aku. Aku tengok dah ramai blogger-blogger yang berjaya buat duit secara online. Contohnya seperti blogger Red Mummy menjana pendapatan melalui blog. Selain Red Mummy, ramai lagi blogger lain yang dah buat duit secara online cuma ada sesetengahnya lebih gemar "low profile".

Ada blogger buat duit online secara part time. Ada juga blogger yang buat duit online secara sepenuh masa. Memang dah terbukti "blogger" sekarang ni dah boleh menjadi satu kerjaya yang sangat bagus dan mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Itupun kalau kena pada cara dan tekniknya yang betul. Kalau tak, memang takkan dapat apa-apa hasil. Apa yang penting adalah kena berusaha sungguh-sungguh dan yakin dengan apa yang kita buat. InsyaAllah akan ada hasilnya nanti.


Sebut tentang blogger buat duit online ni, sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan online melalui blog. Salah satunya adalah dengan pengiklanan melalui blog yang banyak dibuat oleh blogger-blogger sekarang ni.

Blogger Buat Duit Online dengan Pengiklanan Di Blog

Pengiklanan melalui blog antara cara blogger buat duit online. Pengiklanan jenis ni biasanya blogger-blogger menawarkan ruang pengiklanan dalam blog kepada sesiapa yang berminat untuk promosikan servis atau produk mereka. Sebab tu kalau kita tengok blog-blog yang buat duit dengan cara ni akan ada banner-banner iklan yang diletakkan di mana-mana sudut dalam blog.

Ada juga yang menawarkan pengiklanan dalam bentuk teks ataupun dalam bentuk artikel. Jenis pengiklanan dalam bentuk artikel disebut sebagai Advertorial yang diterbitkan di sesebuah blog bagi mempromosikan sesuatu produk atau servis.

Selain tu, blogger juga buat duit online dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity, Komli dan lain-lain. Pengiklanan cara ni dikendalikan oleh syarikat-syarikat tersebut yang menggunakan blogger-blogger sebagai 'orang tengah' bagi mempromosikan sesuatu jenama, syarikat, produk dan sebagainya. Blogger-blogger akan menerima bayaran bergantung pada hasil kempen yang diberikan oleh syarikat pengiklanan tersebut.


Blogger Buat Duit Online dengan Affiliate

Dengan affiliate juga blogger buat duit online akan dapat hasil yang lumayan. Sesebuah produk seperti ebook (contoh) biasanya ada menawarkan program affiliate yang akan memberi komisen kepada blogger yang mempromosikan dan berjaya menghasilkan jualan bagi produk tersebut. Ada produk affiliate yang membayar komisen yang tinggi sehingga 60-70% daripada hasil jualan.

Dah ramai blogger buat duit online dengan affiliate dan menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa. Ini kerana pendapatan daripada program-program affiliate ni terbukti setanding dengan pendapatan orang yang bekerja makan gaji.

Blogger yang aku kagum tengok dia buat duit online dengan affiliate adalah Encik Titan.


Blogger Buat Duit Online dengan Menjual Produk / Servis

Salah satu lagi cara blogger buat duit online ialan dengan menjual produk atau servis. Ramai blogger sekarang dah mempunyai produk sendiri seperti tudung, pakaian, ebook, buku fizikal dan sebagainya. Daripada segi servis pula, ramai blogger menawarkan servis membuat blog, membina laman web, membuat grafik design, servis SEO untuk blog dan sebagainya.

Blogger yang buat duit online dengan cara ini biasanya menjadikan blog mereka sebagai platform bagi tujuan promosi dan menjual produk-produk atau servis yang ditawarkan.

Blogger Buat Duit Online dengan Contest / Giveway

Blogger-blogger mesti dah biasa dengan contest atau giveaway yang dianjurkan secara online. Contest blog memang menarik minat ramai blogger untuk turut serta. Melalui contest juga blogger-blogger berpeluang untuk buat duit online kerana hadiah yang ditawarkan biasanya dalam bentuk wang tunai atau gadget.

Blogger yang rajin join contest memang berpeluang besar untuk buat duit online. Di samping tu dapat memantapkan lagi blog kerana impak daripada contest biasanya sangat luar biasa dan sangat bagus untuk blogger. Jadi, tak rugi turut serta dalam mana-mana contest yang dianjurkan walaupun tak menang.


Itulah antara cara-cara blogger buat duit online. Pada pendapat aku, blog memang berpotensi sebagai medium untuk buat duit online. Cuma aku masih merangkak dalam bab buat duit online ni. Banyak benda lagi nak kena belajar.

Alhamdulillah setakat ni ada jugak sikit-sikit dapat duit daripada pengiklanan Nuffnang. Akan cuba tambah ilmu lagi belajar buat duit online dengan cara lain. Buat duit online ni penuh seni dan kena pelbagaikan sumber untuk menjana pendapatan, barulah dapat hasil yang memuaskan hati.

Semoga semua blogger buat duit online akan terus maju jaya.



Entri ini adalah untuk tugasan akhir bagi Cabaran iPhone 5s anjuran blogger Denaihati.com dan telah ditaja oleh:

Penaja Utama

http://amariman.com

Penaja Individu

http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org
Japan Budget Trip