22 August 2017

Nama Rasmi Android O — Android Oreo 8.0

Google akhirnya dah umumkan nama akhir untuk versi Android 8.0, iaitu Android Oreo.

Setelah beberapa gosip bermain di internet sebelum ini tentang maksud sebenar 'O', akhirnya Google memilih untuk menamakan sistem operasi baru mereka menggunakan nama sejenis biskut.

Android Oreo

Ianya merupakan kali ke-2 di mana Google menggunakan nama sejenis biskut untuk sistem operasi Android. Sebelum ni mereka menamakan sistem operasi 4.4 dengan nama KitKat, dan kali ini mereka menggunakan nama biskut Oreo.

Nama Sistem Operasi Android Versi Sebelum Oreo


Cupcake:
- Android 1.5

Donut:
- Android 1.6

Eclair:
- Android 2.0
- Android 2.1

Froyo (ringkasan Frozen Yogurt):
- Android 2.2

Gingerbread:
- Android 2.3

Honeycomb:
- Android 3.0
- Android 3.1
- Android 3.2

Ice Cream Sandwich:
- Android 4.0

Jelly Bean:
- Android 4.1
- Android 4.2
- Android 4.3

KitKat:
- Android 4.4

Lollipop:
- Android 5.0
- Android 5.1

Marshmallow:
- Android 6.0

Nougat:
- Android 7.0
- Android 7.1

Android Oreo

Melalui percubaan beta, Android O mempamerkan beberapa ciri menarik seperti sokongan gambar ke gambar, titik notifikasi, emoji yang direka semula bersama tambahan baru, binaan dalam Google Play Protect, menghadkan penggunaan aplikasi yang dijalankan secara latar belakang, boot yang lebih pantas, dan sokongan untuk Android Instant Apps.

Sumber: wiser.my

19 August 2017

Ikon Baharu 1 Malaysia Negaraku

Ikon 1Malaysia yang baharu diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri.

Penyerahan tersebut disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Lim Kok Wing selaku Penyelaras Program Khas kepada Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku diserahkan kepada Perdana Menteri

Sejak pelancarannya, inisiatif 1Malaysia telah diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan Ikon 1Malaysia telah menjadi simbol yang paling dikenali di negara ini yang merangkumi prinsip yang berteraskan keterangkuman, kesatuan dan kebersamaan.

Ikon baharu 1Malaysia yang menggabungkan Jalur Gemilang dan Negaraku ini akan menjadi satu simbol yang menguatkan mesej dan memberikan platform yang lebih khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Sambil mempamerkan imej sebuah negara yang bersatu-padu dan ikonik, ikon baharu ini memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kesetiaan dan komitmen mereka terhadap perpaduan dan keharmonian melalui 1Malaysia Negaraku.

Warna Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku

Pelancaran rasmi Ikon 1Malaysia Negaraku akan diadakan pada 23 Ogos 2017 dalam majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri.

Logo 1Malaysia Negaraku ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KKMM di www.kkmm.gov.my.

Sumber: Facebook KKMM

08 August 2017

Kaki Remaja Australia Dimakan Kutu Laut Pemakan Daging (Sea Lice)

NGERI | Seorang remaja Australia, Sam Kanizay (16 tahun) mengalami pendarahan tanpa henti di kedua-kedua bahagian kaki setelah dia merendamkan kakinya di laut Dendy Street Beach, Brighton.


Niatnya yang ingin menyejukkan badan selepas latihan bola sepak bertukar menjadi mimpi ngeri setelah kakinya berdarah tanpa henti sehingga dikejarkan ke hospital.

Apa puncanya? Disebabkan oleh kutu laut pemakan daging, atau dikenali sebagai Sea Lice. Mengerikan!



Adakah di Malaysia pun ada juga kutu Sea Lice ni? Mungkin ada. Jadi, hati-hatilah bila nak berkuak lentang di laut ye..

06 August 2017

Rela Jadi Lone Ranger Dari Ada Kawan Macam Sampah

Bagi aku, kawan sekarang hanya menumpang kesenangan, cari bila susah dan campak bila senang. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya ada di bawah.

Aku bawa motor kat universiti ni sejak first year lagi. Senang nak ulang alik ke kelas dan pergi kerja part time. Aku kerja part time kat Starbucks.

Satu malam tu nasib aku tak berapa nak baik, tayar motor aku pancit waktu nak balik. Dekat area depan sikit dari Alamanda. Masa tu lebih kurang pukul 11.30 malam.


Apa lagi, aku call lah kawan sekelas aku, aku call kawan kolej aku, aku call kawan yang belajar dengan aku waktu nak final exam dan aku call kawan semasa aku buat LAX.

Tapi aku kecewa sangat-sangat. KECEWA. Seorang pun tak boleh nak tolong aku, datang ambil aku masa tu. Malam-malam aku rasa dah tak ada yang buat servis tukar tiub. Lagipun aku baru first year, tak tahu lagi selok belok kat KL @ Selangor @ Putrajaya ni dan aku orang Johor.

Aku call kawan, banyak bagi alasan. Nak main PES la, tengah lepak mamak lah, tengah OTP lah, nak tidur lah. Habis aku tidur kat tepi jalan? Macam tu?

APA LAGI.. Terpaksa aku heret motor aku macam orang gila malam-malam. Ada je yang lalu kat situ, aku lambai-lambai tapi buat tak tahu je. Sakit hati.

Alhamdulillah, sampai berhampiran Hospital Serdang, ada seorang abang ni bagi aku tumpang kereta dia. Tamat 'larian kampus' aku malam tu. Motor aku tinggal je kat situ, esoknya baru pergi check balik motor tu.

So, mana kawan-kawan yang sangat-sangat aku 'sanjung' selama ni? Kalau setakat minta tolong macam tu dah tak boleh. Brotherhood lah apa lah. Mana?


Now, aku dah final year. Dari first year sampai final year, aku minta maaf kalau aku tak balas WhatsApp, angkat call, tak bercakap dengan korang dekat kelas sebab aku dah tak anggap korang kawan-kawan aku lagi.

Aku rela jadi Lone Ranger dari ada kawan-kawan yang macam sampah.

Aku boleh MOVE ON tanpa ada kawan-kawan SAMPAH. Aku repeat, SAMPAH. Kalau kau kawan aku, kau tak akan biarkan aku malam tu. Aku dah jarang lepak sekali. Aku hanya ada mak ayah aku, adik beradik aku sahaja yang boleh diharap.

Kawan kalau beribu pun, tak boleh minta tolong waktu susah, tak guna jugak. Sekian.

Sumber: Putra Confessions

10 June 2016

Cara Buat Air Nabeez (Air Rendaman Kurma atau Kismis)

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis yang direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas air yang bertutup) untuk diminum keesokkan paginya. Mengikut sumber tertentu, ia dikatakan sebagai minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) kemudian meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya. Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.

Cara Buat Air Nabeez (Air Rendaman Kurma atau Kismis)

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini. Salah satunya riwayat dari Imam Muslim, iaitu seperti berikut:

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya”.

Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya di pagi hari”. (HR Muslim)

Berbicara mengenai infused water, orang barat baru sekarang faham dan baru mempopularkan khasiat infused water ini. Tetapi Nabi telah lama melakukan hal ini.

Dari segi kesihatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai:
  1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
  2. Tinggi kandungan fiber yang dapat menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
  3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
  4. Kaya akan pottassium yang penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez adalah minuman yang mengandung alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Ianya juga membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya dari dalam tubuh.

Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Elok buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama sangat, lebih 3 hari jadi masam dan tak boleh diminum.

Cara Menyediakan Air Nebeez Kurma

  • Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
  • Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
  • Sahur esok air tu dah boleh diminum.
  • Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
  • Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa. Tapi bila tak ada, ambil kurma yang lain.

Cara Menyediakan Air Nabeez Kismis

  • Caranya ambil segenggam kismis, kemudian direndam dalam segelas air.
  • Biarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.

LARANGAN: Tidak boleh mencampurkan sekaligus buah kurma dan kismis dalam satu bekas, buatlah asing air nabeez kurma atau kismis, dan jangan minum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki lebih daripada 3 hari.

03 May 2016

Resipi — Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Malam ini abang nak kongsikan dengan kau orang resipi power untuk orang suka eksesais (bersenam). Kalorinya kau kira sendiri. Kahkahkah. Tak payah ada oven. Senang banget dong.

Resipi ini namanya Chewy Gooey Prune Peanut Butter.
Bahan-bahannya ialah:
  • 2 cawan peanut butter
  • 2 cawan corn flakes
  • 1/4 cawan badam cincang
  • 1/2 cawan prune
  • 250gm dark choc
Cara-caranya kau tengok gambar.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Cairkan peanut butter dengan teknik bain marie – air panas kat bawah, alik atas mangkuk. Guna meja anak kau, baru rasa harmoni.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Cairkan macam ini.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Masukkan corn flakes.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Kacau rata macam ini.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Masukkan badam. Kacau rata juga. Ha, bakar dulu badam tu.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Tuang dalam bekas, kau tekan-tekan sikit guna sudu. Sudu, bukan garpu.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Lepas tu susun buah prune sambil pegang tangan isteri kau. Wah romentik.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Cairkan dark choc guna microwave. Tuang terus. Kalau tak ada microwave, kau letak bawah peti ais. Hahaha.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Sejukkan sejam dalam peti ais. Siap! Sedap woih!

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Haha nampak sangat belum sejuk dah potong. Kahkahkah. Cubalah.

Oh ya. Makan satu portion sahaja sehari. Ramai benar salah faham. Kan sudah diberitahu makanan ini sesuai untuk orang sedang bersenam.

Copy & Paste dari : The Vocket

20 April 2016

Simkad Tone Excel : Haram Kerana Berunsur Helah dan Riba Tanpa Sedar!

Di sebalik #kisahbata dan Simcard Tone Excel — Satu Pandangan

Simkad Tone Excel haram, ada unsur riba

Terlalu banyak pertanyaan diterima tentang #ToneExcel. Saya pernah tulis di muamalat.my tapi tidak menjawabnya secara 'direct to the point'. Kali ini supaya lebih faham, terutama para ustaz dan penuntut muamalat, perhatikan baik-baik.

Dalam proses 'tahqiq al-manat', situasi ini, dalam usul fiqh (teori hukum Islam) dikenali sebagai 'al-khafi'. Al-khafi ialah satu situasi yang mana 'al-manat' atau objektif hukum itu sudah jelas pada peringkat teori, tapi kabur dalam aspek pelaksanaannya, lantaran kesukaran kita untuk mengkonsepsikan realiti dalam bentuk yang jelas. Yang kabur itulah saya jelaskan dalam bentuk tamsilan mudah melalui #kisahbata.

#kisahbata sebenarnya bertujuan untuk menjelaskan hakikat sebuah perniagaan. Adakalanya kita dikelirukan dengan kewujudan produk, akad, dan perniagaan. Kekeliruan ini tidak sekadar mengelabui mata pencinta harta, bahkan mengelirukan para ustazah dan para penuntut muamalat Islam.

Kisah bata dijual dengan harga mahal seperti simkad tone excel

Daripada contoh #kisahbata, kita dapat lihat wujud unsur utama kontrak. Iaitu, akad yang jelas, produk yang 'real', dan kelebihan yang betul. Namun, 'common sense' kita dapat kesan bahawa kontrak itu bukanlah jual beli yang sebenar yang diiktiraf oleh agama.

Adakah boleh kitakan jual bata itu harus, kerana kita tidak memaksa pembelinya untuk menjual bata jenama yang sama kepada orang lain? Adakah boleh kita katakan harus, jual bata dengan harga setinggi itu, hanya kerana adanya 'mutual consent'?

Walaupun bata itu ada gunanya untuk membuat rumah, tapi itu bukan tujuan utama pembeli bata. Pembeli bata tidak mahu produk, tapi mahu kelebihan yang lain. Dan kelebihan yang lain itu tidak akan diperolehi kecuali dengan menjual bata yang mahal itu, sedangkan bata lain yang murah yang seumpamanya ada di pasaran.

Inilah yang berlaku dalam Simcard TE, yang merupakan simcard Tune Talk yang dimahalkan harganya hanya kerana untuk menjana pendapatan pasif.
  • Anda boleh dapatkan sim kad TuneTalk dengan harga RM30 (termasuk GST) dengan kredit isian RM45 + 1.5GB data! Tapi ToneExcel harganya RM98.60 (termasuk GST). Perbezaan harga sangat ketara.
  • Semua kelebihan yang dinyatakan dalam TE ada dalam TT. Jadi mengapa TE perlu mahal?
  • Call rate TE sangat mahal 28 sen berbanding TT 16 sen, 75% lebih mahal berbanding TT. Tidaklah menguntungkan jika setiap kali topup dapat bonus, atau downline yang topup, upline dapat percentage bonus, kerana anda telah bayar lebih 75% daripada produk asal. Anggarkan jika penggunaan RM160 TT, pengguna TE bayar RM280!
  • Produk TE menawarkan point untuk beli tiket AirAsia, produk TT pun sama.
  • Produk TE menawarkan insurans konvensional sama seperti TT. Ini pun satu masalah, apabila secara tidak langsung anda terlibat dengan insurans konvensional. Syaratnya topup RM50.
Ringkasnya, semua harga termasuk sim card dan kos panggilan dinaikkan, hanya untuk mencipta satu skim pendapatan pasif, sama sahaja 100% dengan #kisahbata yang anda baca.

Kita tidak kisah jika Simcard ToneExcel mahal jika:
  • Nombornya cantik, contohnya 0111-999 2020, at least berbaloi; atau
  • Tempoh jangka hayat yang panjang, contohnya tak perlu topup 8 tahun, berbaloi; atau
  • Data 100GB sebulan free, at least, berbaloi
  • Atau apa sahaja yang common sense atau 'uruf masyarakat boleh nilai sebagai berbaloi. Tapi ia tidak wujud dalam produk ini kecuali dengan menjual semula kepada orang lain.
Di kala masyarakat kita sibuk membantah GST cuma 6% untuk kredit tambah nilai, TE menaikan harga simkad mereka sehingga lebih 300% dan menaikkan kadar panggilan sehingga 75% hanya untuk menghidupkan skim pendapatan pasif dengan jualan semula.

Jelas, tanpa berselindung lagi, saya kali ini tidak dapat mencari sebarang alasan untuk tidak mengatakan simcard ini adalah berunsur piramid, gharar, dan mengandungi unsur al-ghubn al-fahisy, iaitu eksploitasi kerelaan untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.

Jika dilihat pula fatwa-fatwa antarabangsa tentang isu produk yang dinaikan harga seperti ini, dan tujuannya iaitu untuk mewujudkan satu sistem piramid, menurut fatwa oleh Lajnah al-Buhuth wa al-Ifta, Arab Saudi, juga oleh Darul Ifta', Jordan, Darul Ifta Mesir, adalah haram kerana berunsur riba (secara helah), gharar, dan eksploitasi kerelaan.

Walaupun produk itu wujud, tapi produk itu bukanlah sesuatu yang diinginkan, yang diinginkan adalah keuntungan hasil jualan semula produk yang sama yang mahal, sedangkan produk lain seumpamanya wujud di pasaran.

Menurut mereka, alasan wujudnya barang untuk dikatakan sebagai harus, tidak boleh dipakai kerana produk hanya helah, yang dikehendaki bukan produk. Kalau inginkan produk, beli sahaja TT, lebih murah.

Produk ini juga tidak menepati kriteria produk yang digariskan oleh Garis Panduan MLM JAKIM iaitu: kerana melibatkan elemen riba. (a) Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang perkhidmatan.

Namun, ada cara untuk jadikan produk Skim TE ini agak patuh Syariah. Tidak susah bagi pemasaran yang ada produk untuk jadi patuh Syariah. Caranya ialah jadikan simkad ini berbaloi kepada pembeli dengan harga yang mahal, seperti yang dinyatakan di atas.

Cadangan saya, berikan nombor yang cantik dan berbaloi, atau tempoh jangka hayat yang panjang dan berbaloi, atau paling kedekut pun panggilan yang sangat rendah berbaloi dengan simkad yang dibayar. Bukan beri kelebihan kerana menjual semula sim kad itu.

Ya, mungkin sah di sisi undang-undang, tapi dalam dunia kapitalis sekarang ini, banyak perniagaan yang "legally right but morally wrong". Sebenarnya tanpa melihat hukum agama pun, common sense boleh menilainya.

Sebagai kesimpulan, ini sekadar pandangan peribadi berasaskan penelitian saya, dan pandangan saya tidak mengikat anda untuk menerimanya. Anda bebas untuk bersetuju atau tidak.

Cuma jika anda tidak bersetuju dengan pandangan ini, anda mungkin boleh bersetuju jika kita jual bata binaan itu dijual dengan harga RM100 sebiji!

Wallahu A'lam.

Rujukan maklumat:
http://www.toneexcel.my
http://www.tunetalk.com/my

Sumber: Muamalat.my

01 April 2016

Jangan Terima Duit Yang Ada Kesan Dakwat

Anda pernah terima duit yang ada kesan dakwat? Kalau tak pernah, lepas ni kena beringat, jangan terima duit yang ada kesan dakwat ye.

Kesan dakwat pada duit dari mesin ATM

Untuk pengetahuan anda, jika anda menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat (ink) seperti dalam gambar tak kiralah di kedai atau di mana-mana, harap anda jangan menerimanya. Ini kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM.

Semua ATM di seluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini. Jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin akan menyemburkan dakwat ke semua duit yang ada dalam mesin tersebut.

Dakwat pada duit rompakan mesin ATM

Teknologi 'bom dakwat' ini berfungsi apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya. Mesin secara automatik akan mengeluarkan dakwat ke wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya.

Harap anda semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil.

Sila sebarkan untuk manfaat bersama.

Harga Terkini Petrol Bermula 1 April 2016

Harga Terkini Petrol Bermula 1 April 2016

Harga runcit petrol RON 95 dan RON 97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen berkuat kuasa pada 1 April 2016.

Harga diesel pula naik sebanyak 20 sen dari RM1.35 seliter kepada RM1.55 seliter.
Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.

Harga Minyak Bermula 1 April 2016

  • RON 95 : RM1.70 seliter
  • RON 97 : RM2.05 seliter
  • Diesel : RM1.55 seliter

Harga petrol naik 1 April 2016

Harga minyak pada Mac 2016

  • RON 95 : RM1.60 seliter
  • RON 97 : RM1.95 seliter
  • Diesel : RM1.35 seliter

22 March 2016

Buat Aduan Kepada SKMM Melalui Whatsapp

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan di Facebook mereka bahawa Aduan MCMC telah mengaktifkan saluran aduan baharu melalui aplikasi ‘Whatsapp’. Saluran aduan ini diaktifkan bagi membolehkan orang ramai untuk membuat aduan mengenai sebarang isu berkaitan telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos dan perjudian dalam talian.

Berikut merupakan maklumat mengenai saluran aduan baharu Aduan MCMC.

Nombor Whatsapp: 016 2206 262
Waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)


Perakuan penerimaan aduan akan diterima oleh pengadu dalam tempoh 24 jam. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan saluran baharu ini bagi menyalurkan aduan rasmi Aduan MCMC.

Sumber: Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Raja Bomoh Malaysia Pecah Buah Tembikai Untuk Pulihkan Cuaca Panas

Individu yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia sekali lagi mengadakan ritual 'pelik' dengan menggunakan buah tembikai agar fenomena panas melampau yang sedang melanda negara dapat dipulihkan.

Ritual Pulihkan Cuaca Panas dengan Buah Tembikai oleh Raja Bomoh Malaysia

Dalam ritual yang diadakan di ibukota pada Isnin, individu yang dikenali sebagai Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin itu bersama empat orang pengikutnya turut membacakan surah Yassin dan berdoa sebelum memecahkan lima biji buah tembikai sebagai simbolik untuk menyejukkan badan.

“Ayat Yassin dan ayat Nabi Yunus yang dibaca adalah merupakan petua orang zaman dahulu dan buah tembikai (sebagai simbolik) untuk menyejukkan badan, bumi dan udara supaya fenomena panas yang berlaku dapat dipulihkan. Semoga dengan petua ini dapat menyejukkan udara rakyat berbilang kaum dan bangsa di Malaysia.

“Kami kumpulan Datuk Ibrahim Raja Bomoh Sedunia berdoa dengan anak muridnya untuk menyelamatkan masyarakat berbilang kaum dan bangsa agar cuaca panas dapat dikurangkan dengan izin Allah” ujarnya ketika ritual tersebut diadakan.


Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok.

Ekoran daripada itu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya telah mengemukakan cadangan dan garis panduan bagi menghadapi cuaca panas melampau kepada Kabinet.

Ia membabitkan tindakan yang perlu diambil merangkumi keperluan untuk menutup sekolah, catuan air, pembenihan awan dan aspek kesihatan.

Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan sebelum ini telah mengharamkan upacara pembomohan yang dilakukan Ibrahim.

April lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak turut memutuskan dalam mesyuaratnya untuk mewartakan ritual bomoh kontroversi itu sebagai sesat dan haram.

17 March 2016

Nasihat Supaya Masyarakat Jangan Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya

Saya dapat info ini bagaimana ‘scammer’ ini membuat kerja. Andaikan saya adalah ‘scammer’.

1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:

A. Gold — RM400
B. Platinium — RM4,000
C. Diamond — RM40,000

Skim Cepat Kaya MLM

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu.

Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan.

Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4.

Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur.

Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.

=====================

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah dikongsikan bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

16 March 2016

Elakkan Iklan 'Misleading', Mengelirukan

Islam menggalakkan ketelusan dalam urus niaga. Meletakkan iklan yang menarik dan tidak menggambarkan keadaan sebenar sesuatu produk atau jualan adalah salah satu bentuk usaha untuk mengelirukan pelanggan.

Iklan Misleading Mengelirukan

Skim cepat kaya dijelmakan dalam bentuk produk jana keuntungan dan seumpamanya pun salah satu bentuk 'misleading'. Harga produk tak murah tapi mendakwa harga kilang pun salah satu bentuk 'misleading'. Begitu juga keterlaluan dalam mendakwa kelebihan sesuatu produk makanan kesihatan.
Ceritakan sahaja tentang produk secara terus terang. Jaga ketelusan. Nanti Rasulullah SAW tak mengaku umat.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW melewati sekelompok makanan, lalu baginda memasukkan tangan ke dalamnya dan jari-jarinya mengenai sesuatu yang basah. Baginda pun mengatakan: "Wahai pemilik makanan, apa ini?" Ia menjawab, "Terkena hujan, wahai Rasulullah. Beliau mengatakan: "Mengapa engkau tidak menempatkannya di sebelah atas makanan ini hingga orang-orang melihatnya?"

Kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa sengaja menipu (dengan sengaja mengelirukan), ia tidak termasuk golongan kami." [Sahih Muslim, Termidhi, dan al-Dariml]

Sumber: muamalat.my

17 April 2015

11 Petua Dibuka Pintu Rezeki

Rezeki itu luas dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. Berikut adalah koleksi 11 Tip Murah Rezeki yang dipetik dari Facebook Irfan Khairi (Jutawan Internet).


  1. Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.
  2. Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T
  3. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.
  4. Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.
  5. Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.
  6. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.
  7. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.
  8. Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.
  9. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
  10. Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
  11. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.

18 February 2015

AC Mizal Labur Jutaan Ringgit Buka Stesen TV, Talian Telefon Sendiri

Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, Datuk AC Mizal antara selebriti yang sukses membina nama sebagai seorang penghibur versatil.

Malah, figura berusia 43 tahun ini bergelar usahawan dan menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara termasuklah mempunyai hotel di Bali, Indonesia.


Terbaru, AC berani melaburkan wangnya sendiri yang mencecah jutaan ringgit untuk membuka sebuah stesen televisyen sendiri.

Pemilik nama sebenar Mizal Zaini ini ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014) di Kuala Lumpur semalam mendedahkan beliau akan melancarkan stesen televisyennya yang diberi nama Peace Yo. FM pada April nanti.

“Stesen ini berkonsepkan hiburan sepenuhnya yang akan memaparkan pelbagai program realiti dan drama yang akan diterbitkan produksi saya sendiri. Kandungannya bukan saja terhad tentang dunia hiburan dalam negara malah, tertumpu juga pada hiburan antarabangsa di seluruh dunia

“Untuk kandungan di luar negara, saya akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara untuk mereka turut sama menyumbang apa saja yang boleh dijadikan kandungan program.

“Bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah stesen TV. Walaupun ianya online tapi dari segi peralatan dan keperluan seperti kamera memerlukan kos yang sangat tinggi. Namun, demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini.

“Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran,” kongsinya dengan nada penuh yakin.

Tambahnya, bermula 1 Mac ini satu ujibakat akan diadakan pencarian deejay dan wartawan siaran untuk stesen tersebut. Sesi ujibakat akan diadakan seawal jam 9 pagi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Seramai 25 orang diperlukan untuk berhidmat dengan stesen tersebut.

“Pada 1 Mac ini akan diadakan ujibakat terbuka kepada sesiapa saja dalam kalangan usia 18 hingga 30 tahun. Bagi saya, tidak kira sama ada mereka itu punya kelulusan universiti atau tidak, apa yang penting jika mereka berbakat dan layak, tentu akan ada peluang untuk menyertai stesen TV saya.

“Dalam beberapa bulan ini Peace Yo. FM akan beroperasi selama 12 jam dulu tetapi kemudian nanti baru ia beroperasi selama 24 jam,” katanya.

Bercerita lagi mengenai perniagaannya itu, AC menyatakan idea untuk mewujudkan stesen TV sendiri sebenarnya sudah lama difikirkan. Sementelah ia sebagai salah satu perancangan untuk diri terus melibatkan diri dalam dunia penyiaran.

Di samping itu, AC juga berharap Peace Yo.FM dapat dijadikan sebagai platform untuk artis-artis baru mempromosikan diri.

“Sudah lama saya fikirkan tentang mahu bukan stesen TV sendiri. Sebenarnya, bahagian kandungan rangan berbahasa Cina Peace Yo.FM sudah pun beroperasi sejak lima bulan lalu. Jadi sekarang pihak saya sedang buat persiapan untuk bahagian Bahasa Melayu dan pelancarannya nanti.

“Selain ini satu lagi cabang perniagaan saya, ia juga sebagai platform untuk artis-artis baru masa kini untuk promosikan diri mereka. Sebab sekarang ini apa yang dapat kita lihat, kebanyakan stesen TV sering menampilkan artis-artis yang sama saja kerana berdasarkan nilai komersial mereka.

“Jadi, diharapkan Peace Yo. FM dapat dijadikan ruang untuk muka-muka baru mempromosikan bakat mereka,” tuturnya teruja.

Bagaimanapun, AC mengeaskan beliau tidak akan muncul di stesen televesyennya sendiri kerana terikat sebagai artis eksklusif stesen TV berbayar, Astro.

“Walaupun fokus saya buat masa pada perniagaan saya tapi karier seni dan kerjaya pengacaraan masih saya lakukan seperti biasa.

“Cuma, saya tidak akan muncul di stesen TV saya kerana saya masih lagi artis eksklusif Astro,” katanya yang turut memberitahu mendapat banyak tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Astro sepanjang melaksanakan projeknya itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejayaannya tercalon dalam Top 5 kategori Pengacara Paling Popular, penyayi lagu Paranoid ini berharap dia dapat mengulangi kemenangannya seperti tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya tercalon Top 5 pada tahun ini dan berharap menang seperti tahun lalu,” katanya.

Perkembangan lain, AC juga menyatakan beliau akan melancarkan talian telefonnya sendiri iaitu Best Mobile pada penghujung Mei nanti.

Sumber: Forum CariGold

07 November 2014

Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit online bukan perkara baru lagi bagi aku. Aku tengok dah ramai blogger-blogger yang berjaya buat duit secara online. Contohnya seperti blogger Red Mummy menjana pendapatan melalui blog. Selain Red Mummy, ramai lagi blogger lain yang dah buat duit secara online cuma ada sesetengahnya lebih gemar "low profile".

Ada blogger buat duit online secara part time. Ada juga blogger yang buat duit online secara sepenuh masa. Memang dah terbukti "blogger" sekarang ni dah boleh menjadi satu kerjaya yang sangat bagus dan mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Itupun kalau kena pada cara dan tekniknya yang betul. Kalau tak, memang takkan dapat apa-apa hasil. Apa yang penting adalah kena berusaha sungguh-sungguh dan yakin dengan apa yang kita buat. InsyaAllah akan ada hasilnya nanti.


Sebut tentang blogger buat duit online ni, sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan online melalui blog. Salah satunya adalah dengan pengiklanan melalui blog yang banyak dibuat oleh blogger-blogger sekarang ni.

Blogger Buat Duit Online dengan Pengiklanan Di Blog

Pengiklanan melalui blog antara cara blogger buat duit online. Pengiklanan jenis ni biasanya blogger-blogger menawarkan ruang pengiklanan dalam blog kepada sesiapa yang berminat untuk promosikan servis atau produk mereka. Sebab tu kalau kita tengok blog-blog yang buat duit dengan cara ni akan ada banner-banner iklan yang diletakkan di mana-mana sudut dalam blog.

Ada juga yang menawarkan pengiklanan dalam bentuk teks ataupun dalam bentuk artikel. Jenis pengiklanan dalam bentuk artikel disebut sebagai Advertorial yang diterbitkan di sesebuah blog bagi mempromosikan sesuatu produk atau servis.

Selain tu, blogger juga buat duit online dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity, Komli dan lain-lain. Pengiklanan cara ni dikendalikan oleh syarikat-syarikat tersebut yang menggunakan blogger-blogger sebagai 'orang tengah' bagi mempromosikan sesuatu jenama, syarikat, produk dan sebagainya. Blogger-blogger akan menerima bayaran bergantung pada hasil kempen yang diberikan oleh syarikat pengiklanan tersebut.


Blogger Buat Duit Online dengan Affiliate

Dengan affiliate juga blogger buat duit online akan dapat hasil yang lumayan. Sesebuah produk seperti ebook (contoh) biasanya ada menawarkan program affiliate yang akan memberi komisen kepada blogger yang mempromosikan dan berjaya menghasilkan jualan bagi produk tersebut. Ada produk affiliate yang membayar komisen yang tinggi sehingga 60-70% daripada hasil jualan.

Dah ramai blogger buat duit online dengan affiliate dan menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa. Ini kerana pendapatan daripada program-program affiliate ni terbukti setanding dengan pendapatan orang yang bekerja makan gaji.

Blogger yang aku kagum tengok dia buat duit online dengan affiliate adalah Encik Titan.


Blogger Buat Duit Online dengan Menjual Produk / Servis

Salah satu lagi cara blogger buat duit online ialan dengan menjual produk atau servis. Ramai blogger sekarang dah mempunyai produk sendiri seperti tudung, pakaian, ebook, buku fizikal dan sebagainya. Daripada segi servis pula, ramai blogger menawarkan servis membuat blog, membina laman web, membuat grafik design, servis SEO untuk blog dan sebagainya.

Blogger yang buat duit online dengan cara ini biasanya menjadikan blog mereka sebagai platform bagi tujuan promosi dan menjual produk-produk atau servis yang ditawarkan.

Blogger Buat Duit Online dengan Contest / Giveway

Blogger-blogger mesti dah biasa dengan contest atau giveaway yang dianjurkan secara online. Contest blog memang menarik minat ramai blogger untuk turut serta. Melalui contest juga blogger-blogger berpeluang untuk buat duit online kerana hadiah yang ditawarkan biasanya dalam bentuk wang tunai atau gadget.

Blogger yang rajin join contest memang berpeluang besar untuk buat duit online. Di samping tu dapat memantapkan lagi blog kerana impak daripada contest biasanya sangat luar biasa dan sangat bagus untuk blogger. Jadi, tak rugi turut serta dalam mana-mana contest yang dianjurkan walaupun tak menang.


Itulah antara cara-cara blogger buat duit online. Pada pendapat aku, blog memang berpotensi sebagai medium untuk buat duit online. Cuma aku masih merangkak dalam bab buat duit online ni. Banyak benda lagi nak kena belajar.

Alhamdulillah setakat ni ada jugak sikit-sikit dapat duit daripada pengiklanan Nuffnang. Akan cuba tambah ilmu lagi belajar buat duit online dengan cara lain. Buat duit online ni penuh seni dan kena pelbagaikan sumber untuk menjana pendapatan, barulah dapat hasil yang memuaskan hati.

Semoga semua blogger buat duit online akan terus maju jaya.



Entri ini adalah untuk tugasan akhir bagi Cabaran iPhone 5s anjuran blogger Denaihati.com dan telah ditaja oleh:

Penaja Utama

http://amariman.com

Penaja Individu

http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org
Japan Budget Trip

06 November 2014

Terkejut Bil Telefon Cecah Ratusan Ringgit

KOTA TINGGI - Seorang lelaki di sini, terkejut selepas mendapati bil telefon diterima, empat kali ganda berbanding biasa sebaik menggunakan telefon pintar baharu sejak tiga bulan lalu.

Mohd Noh Kamarudin, 56, menyedari kejadian itu selepas pihak syarikat telekomunikasi terbabit memotong talian dan menyuruhnya membayar bil perkhidmatan telefon.


Menurutnya, dia yang tidak melanggan pakej internet berasa hairan selepas melihat bil yang dihantar syarikat telekomunikasi itu mengenakan caj RM300 pada September dan Oktober.

“Sebelum ini saya hanya menggunakan telefon biasa dan bil bulanan saya paling mahal RM80 kerana nombor itu untuk buat panggilan saja.

“Saya sudah buat aduan kepada syarikat telekomunikasi itu, tapi mereka beri alasan mungkin saya tak sengaja terbuka internet dan menyebabkan ia dicaj. Saya pelik kerana tak gunakan langsung internet, malah tak melanggannya.

“Jika saya tak sengaja terbuka aplikasi dalam telefon sehingga menyebabkan dikenakan caj tinggi, mengapa pihak syarikat tak menghantar sebarang peringatan. Sebaliknya mereka terus mengenakan caj sehingga bil saya melambung,” katanya semalam.

Mohd Noh berkata, oleh kerana tidak berpuas hati, dia telah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Alhamdulillah ada tindakan daripada pihak SKMM selepas dua hari saya laporkan perkara itu dan pihak syarikat tersebut hanya menyuruh saya membayar bil sebanyak RM48 sahaja bagi bulan Oktober.

“Saya harap orang ramai berwaspada dan bertindak jika menerima nasib sama seperti saya,” katanya.



Inilah akibatnya jika pengguna tidak faham "Pay Per Use". Nasib baik aku pakai prepaid ONEXOX. Prepaid ONEXOX tiada "Pay Per Use".

Pihak ONEXOX sengaja buat macam tu untuk mengelakkan pengguna-pengguna ONEXOX kerugian sebab bila ada "Pay Per Use" secara automatik credit kita akan dipotong atau bil akan melambung bila kita terlebih guna.

Dapatkan Prepaid ONEXOX sekarang! Kekalkan nombor sedia ada atau dapatkan nombor baru. Simkad RM10.00 sahaja!

Hubungi pengedar sah ONEXOX :

KHAIRUL ANAM
(ONEXOX Authorised Dealer)
Call / SMS / Whatsapp / Telegram
011-3244 8800

05 November 2014

Gejala Buli Dulu dan Sekarang

Gejala buli ni dari dulu lagi dah wujud. Tapi sekarang ni kes buli semakin menjadi-jadi. Paling teruk ada kes buli sampai patah-patah anggota tangan, kaki, muka lebam-lebam dan macam-macam lagi.

Buli zaman sekarang ni dah tak macam dulu. Kalau dulu, kena buli suruh basuh kain baju, kira penyapu lidi, paling teruk pun kena pukul biasa-biasa je. Tak macam sekarang. Budak-budak dah semakin berani membuli dengan cara belasah dan pukul sampai mangsa buli cedera parah.


Sekarang ni dah banyak kes buli yang dah jadi kes polis sebab cara membuli budak-budak sekarang ni dah semakin melampau. Kes buli terbaru yang tengah viral di Facebook sekarang ni yang budak pakai singlet hitam.

Geram je aku tengok budak tu. Belasah ramai-ramai boleh la weii..


Menurut artikel di Asamboi.my, pengguna media sosial meminta pihak polis menyiasat video yang memaparkan sekumpulan pelajar asrama lelaki dipukul oleh pelajar lain yang tersebar di media sosial. Mereka menuntut tindakan tegas diambil ke atas pelaku, khususnya terhadap seorang pelajar yang memakai singlet hitam di dalam video itu.

Memang patut diambil tindakan tegas pada si pembuli tu. Takde perikemanusiaan langsung. Seronok sangat ke belasah orang? Cuba dia sendiri kena belasah ramai-ramai macam tu baru tahu rasa macam mana.

30 October 2014

Tiada Lagi Celcom Booster, Ghost atau Unlimited Internet

Terbaca artikel di blog Izwan Isaac yang memberitahu pihak Celcom sekarang ni dah upgrade sistem perkhidmatan internet mereka.

Sistem baru ni dikatakan hampir 100% berbeza daripada sistem sedia ada yang selalu berlaku kebocoran dan membolehkan pihak ketiga 'mencuri' line internet dan menjual simkad internet yang berstatus "UNLIMITED".

Info awal mengatakan kemungkinan proses unlimited dari segi BOOSTER atau GHOST tidak lagi boleh dibuat. Senang cerita, NO MORE UNLIMITED INTERNET.


Plan baru Celcom (Internet of Xpax) pulak dengar cerita dah kenakan caj "Pay Per Use" (PPU) kepada semua pelanggan. Dah ramai yang komplen kredit kena tolak akibat PPU. Caj PPU dikenakan selepas kuota internet yang dilanggan habis diguna. Caj dia 50sen/50kb. Mahal kot..

Kalau berterusan macam ni rasanya tak lama lagi mesti ramai pelanggan Celcom akan bertukar ke telco lain. Siapa nak tukar aku sarankan bertukar ke telco ONEXOX. Confirm puas hati.

ONEXOX prepaid yang menjimatkan.

Hubungi pengedar sah ONEXOX :

KHAIRUL ANAM
(ONEXOX Authorised Dealer)
Call / SMS / Whatsapp / Telegram
011-3244 8800

29 October 2014

Rahsia Berjaya Dalam Perniagaan Internet

Saksikan video yang dirakam oleh jutawan internet Irfan Khairi yang memberi jawapan kepada rahsia untuk berjaya dalam Perniagaan Internet. Video dirakam dalam kapal terbang ketika Irfan Khairi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai.


Mesti ramai nak tahu rahsia berjaya dalam Perniagaan Internet, kan? Sebenarnya dah takde rahsia lagi sekarang ni. Semuanya bergantung pada usaha keras untuk berjaya.

Teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa. InsyaAllah kejayaan akan dapat kita capai.